Monday, October 8, 2007

entah benar entah tidak

CAPRICORN : YANG POSESIF ( 21 Disember - 19 Januari )
Ciri Positif
Orang dilahirkan pada tarikh di antara 21 Disember hingga 19 Januari dikatakan bernaung di bawah zodiak Capricorn , yang berlambang kambing.Capricorn mengutamakan kejayaan , status ,kedudukan, reputasi , kesetiaan, penumpuan , di samping berkebolehan menyelesaikan masalah , bertanggungjawab, memperlihatkan kebijaksanaan , dan keseriusan belajar melalui pengalaman.
Ciri Negatif
Walau bagaimana pun , ada kalanya Capricorn bersikap memandang buruk (pesimis ), selalu terpaksa, membebankan, menghadapi halangan, memperlihatkan batasan, kurang simpati, berada dalam ketakutan, dan pemikiran sempit.
Kualiti Astrologi
Capricorn termasuk dalam kategori kardinal , iaitu aktif. Dengan kualiti ini anda dianggap baik untuk memulakan setiap projek baru. Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori kardinal selain Capricorn , ialah Aries,Cancer dan Libra.
Gelagat Perhubungan
Dalam pergaulan , orang yang berkelahiran Capricorn agak posesif (mengongkong ). Dalam pergaulan yang membuahkan cinta , anda sering mencemburui si dia tanpa sebab. Sifat begini menyebabkan perangai anda sulit untuk dimengerti dan anda kekadang semacam kebudak - budakkan.Untuk mengatasi masalah ini , seseorang yang berkeperibadian dewasa , mesra dan penuh pengertian adalah pendamping yang sesuai bagi Capricorn.Orang yang di bawah naungan Aries ( 21 Mac - 20 April ) , Taurus ( 21 April - 20 Mei) atau Libra ( 23 September - 22 Oktober ) memang sesuai bagi Capricorn. Sikap Aries yang penuh perhatian dapat mendamaikan hati Capricorn . Bersamanya, anda (Capricorn) akan berasa diperlukan dan disayangi. Taurus yang tenang juga tepat bagi Capricorn. Sikap Taurus yang kerap melindungi dan jujur , memang anda perlukan. Berpasangan dengan Libra yang bijaksana pula, akan membahagiakan Capricorn. Libra sangatberhati - hati dalam tutur kata sehingga perasaan anda yang sensitif , tidak akan terluka.Sebaliknya, Hubungan Capricorn dengan Aquarius ( 21 Januari – 18 Febuari ) atau Gemini ( 21 Mei - 20 Jun ) dianggap kurang sesuai. Ini kerana hubungan Capricorn - Aquarius bukanlah hubungan yang ideal. Tetapi anda (Capricorn) jangan risau. Sikap anda yang sukakan praktis dapat mengatasi hal tersebut. Ini berlaku demikian kerana Aquarius memiliki pandangan yang luas apabila rasa cemburu anda sedang meluap-luap.Manakala sifat Gemini , yang sukar dipegang, bukanlah mempesonakan anda yang berlambang Capricorn. Tidak mudah bagi anda yang mudah cemburu mendampingi perilakunya yang sering berubah - ubah. Namun begitu, hidup bersama-sama Gemini tidak akan ada ketegangan lantaran dia suka berpesta, berteman banyak dan berseronok - seronok.
Kerjaya dan Kewangan
Capricorn memang bercita - cita mencari kekuasaan dalam kerjaya sehingga anda bersedia bekerja dengan tekun . Capricorn ditakdirkan menjadi pengurus dan pentadbir yang baik. Diibaratkan berpasangan dengan Leo, kalau Leo sangat baik menjadi raja atau permaisuri, Capricorn sangat sesuai menjadi perdana menteri.Kejayaan Capricorn dalam usaha mengatasi masalah dan risiko akhirnya menjadikan anda berjaya mendapat faedah dari segi kewangan. Sikap rajin bekerja anda juga menyebabkan ketua dan rakan seorganisasi menghormati anda. Dari segi kewangan juga Capricorn pada umumnya memperolehi harta dan mampu membelanjakan harta itu pada jalan yang wajar. Anda misalnya tidak gemar bersikap boros atau membelanjakan wang ringgit untuk tujuan perjudian atau pelaburan yang belum pasti untung ruginya.
Keluarga dan Rumah Tangga
Rumah kelahiran Capricorn biasanya kemas dan tersusun. Cara anda menguruskan rumah tangga sama dengan cara anda mengurus kerjaya. Capricorn bijak menguruskan anak - anak dan serius dengan peraturan yang sewajarnya dipatuhi mereka. Pastinya Capricorn berbangga menjadi ibu atau bapa.

No comments: