Tuesday, February 2, 2010
KHAIRA
khaira, cahaya mata abi dan ibu yang tersayang...lahirnya tanggal 29 Julai 2009 jam 4.40 petang sebaik azan asar berkumandang...dengan berat lahir 3.4 kg puteri kesayangan dilahirkan dengan cukup sifat dan sihat walaufiat...Alhamdulillah Ya Allah atas kurnianMu...sesungguhnya rahmat dan kuasaMu tiada tandingannya...
hari demi hari ibu melihat perkembangan dari belum terbuka kelopak mata...hari dah pandai merangkak...dah nak duduk dah...hari-hari yang berlalu inilah ibu rasakan bagai tak mampu nak duduk berjauhan dengan Khaira...nak pergi kerja pun rasa berat je...heheee.wajah khaira asyik terbayang je depan mata.
besar lah anak ibu dengan sihat dan menjadi anak yang solehah...Khaira adalah permata abi dan ibu yang paling berharga...
Monday, October 8, 2007
kebahagiaan yang akhirnya kutemui...bersamanya.

dalam kehidupan, kita perlu lebih banyak ketawa daripada bersedih. Jika kekasih lama yang menjadi sebab, anggap dia bukan jodoh dan pasangan yang sedia ada jauh lebih baik daripada dirinya.....
"jangan tinggalkan orang yang kite SAYANG untuk orang yang kite SUKA,kerana orang yang kite SUKA akan tinggalkan kite untuk orang yang mereka SAYANG,jangan cuba dapatkan apa yang kite SUKA,tapi SAYANG la dengan ape yang kite ada..........."
Jangan pernah berkata 'I LOVE YOU' kalau kamu tak pduli,jangan pernah membicarakan perasaan yang tak PERNAH ada,jangan PERNAH menyentuh hidup seseorang kalau hal itu akan menghancurkan hatinya,jangan pernah menatap matanya kalo semua yang kamu lakukan hanya BOHONG belaka,hal paling kejam yang seseorang lakukan adalah membiarkannya JATUH CINTA,sementara kamu tak berniat menyambutnya......
Kebahagian seseorang yang memberi lebih besar daripada kebahagian yang menerima pemberian itu sendiri.Maka berilah kebahagiaan pada insan yang anda sayangi kerana kebahagiaan itulah yang bakal anda terima semula....
Ganjaran Rezeki Untuk Insan Sentiasa Bersyukur
Ganjaran rezeki untuk insan sentiasa bersyukurOleh Lokman Ismail
SESIAPA yang sentiasa bersyukur bermakna dirinya mengingati Allah. Rasa bersyukur terhadap Maha Pencipta yang memberikan segala kehidupan ini dan rasakan diri sentiasa hampir kepada Allah. Justeru, Allah membalasnya dengan Dia mengingati dan melimpahkan nikmat yang lebih baik.Allah berfirman bermaksud: “Maka ingatlah Aku nescaya Aku akan mengingatimu dan syukurilah atas nikmat-Ku dan janganlah sekali-kali kamu kufuri nikmat-Ku.” (Surah al-Baqarah, ayat 152).Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada seluruh manusia, tanpa mengira orang beriman atau tidak beriman. Orang yang ingkar akan menanggung kerugian di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat. Kehidupan orang yang tidak bersyukur sentiasa tertekan dan gagal memanfaatkan apa yang dimilikinya. Walaupun mendapat banyak kemewahan dan kesenangan, jiwa orang tidak bersyukur sentiasa berasa masih tidak mencukupi. Semakin banyak yang dikejar, semakin dirasakan bebanan perasaan dan bertambah kekufurannya. Allah berjanji menambah nikmatnya kepada sesiapa yang sentiasa bersyukur. Betapa beruntungnya orang yang bersyukur, mendapat nikmat di dunia dan pembalasan syurga di akhirat. Firman-Nya bermaksud: “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (Surah Ibrahim, ayat 7).Kita disuruh bersyukur bukan saja apabila mendapat kemewahan atau apa yang dihajati tercapai. Sebaliknya, rasa bersyukur juga di atas ciptaan Allah yang menjadikan dunia ini untuk kemudahan manusia serta seluruh kehidupan lain di dunia ini. Diriwayatkan oleh Muslim bahawa Rasulullah SAW pernah mengerjakan sembahyang yang sepanjangnya Baginda menangis sehingga bercucuran air mata. Hal itu berlaku apabila Baginda menerima wahyu yang menjelaskan mengenai kejadian alam ini yang dibentang luas untuk kemudahan dan kenikmatan hidup manusia. Melihat keadaan Rasulullah SAW menangis itu, Aisyah bertanya: “Wahai Rasulullah! Apakah yang menyebabkan engkau menangis? Padahal Allah telah mengampunkan apa-apa yang terdahulu daripada dosa engkau dan juga yang terkemudian.”Lalu Rasulullah SAW menjawab: “Adakah aku ini bukan seorang hamba yang bersyukur? Mengapakah aku tidak berbuat demikian, sedangkan Allah telah menurunkan (ayat) kepadaku.”Ayat yang dimaksudkan Rasulullah SAW itu ialah ayat 164, surah al-Baqarah bermaksud: “Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang dan (pada) kapal-kapal berlayar di lautan dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia.”Bahawasanya Rasulullah SAW merasakan betapa besarnya anugerah Allah kepada seluruh makhluk di muka bumi ini. Orang beriman melihat seluruh kejadian alam dari kaca mata keimanan dan ketakwaan, yang diiringi dengan rasa kesyukuran, keinsafan dan keteguhan iman.

insan biasa
Orang yang lahir bulan Januari ni dikaitkan dengan sifat.....
* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
* Pandai mengambil hati orang lain.
* Pendiam kecuali telah dirangsang.
* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
* Cukup sayang pada kanak-kanak.
* Suka duduk di rumah.
* Setia pada segala-galanya.
* Perlu belajar kemahiran bersosial.
* Sifat cemburu yang sangat tinggi

entah benar entah tidak
CAPRICORN : YANG POSESIF ( 21 Disember - 19 Januari )
Ciri Positif
Orang dilahirkan pada tarikh di antara 21 Disember hingga 19 Januari dikatakan bernaung di bawah zodiak Capricorn , yang berlambang kambing.Capricorn mengutamakan kejayaan , status ,kedudukan, reputasi , kesetiaan, penumpuan , di samping berkebolehan menyelesaikan masalah , bertanggungjawab, memperlihatkan kebijaksanaan , dan keseriusan belajar melalui pengalaman.
Ciri Negatif
Walau bagaimana pun , ada kalanya Capricorn bersikap memandang buruk (pesimis ), selalu terpaksa, membebankan, menghadapi halangan, memperlihatkan batasan, kurang simpati, berada dalam ketakutan, dan pemikiran sempit.
Kualiti Astrologi
Capricorn termasuk dalam kategori kardinal , iaitu aktif. Dengan kualiti ini anda dianggap baik untuk memulakan setiap projek baru. Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori kardinal selain Capricorn , ialah Aries,Cancer dan Libra.
Gelagat Perhubungan
Dalam pergaulan , orang yang berkelahiran Capricorn agak posesif (mengongkong ). Dalam pergaulan yang membuahkan cinta , anda sering mencemburui si dia tanpa sebab. Sifat begini menyebabkan perangai anda sulit untuk dimengerti dan anda kekadang semacam kebudak - budakkan.Untuk mengatasi masalah ini , seseorang yang berkeperibadian dewasa , mesra dan penuh pengertian adalah pendamping yang sesuai bagi Capricorn.Orang yang di bawah naungan Aries ( 21 Mac - 20 April ) , Taurus ( 21 April - 20 Mei) atau Libra ( 23 September - 22 Oktober ) memang sesuai bagi Capricorn. Sikap Aries yang penuh perhatian dapat mendamaikan hati Capricorn . Bersamanya, anda (Capricorn) akan berasa diperlukan dan disayangi. Taurus yang tenang juga tepat bagi Capricorn. Sikap Taurus yang kerap melindungi dan jujur , memang anda perlukan. Berpasangan dengan Libra yang bijaksana pula, akan membahagiakan Capricorn. Libra sangatberhati - hati dalam tutur kata sehingga perasaan anda yang sensitif , tidak akan terluka.Sebaliknya, Hubungan Capricorn dengan Aquarius ( 21 Januari – 18 Febuari ) atau Gemini ( 21 Mei - 20 Jun ) dianggap kurang sesuai. Ini kerana hubungan Capricorn - Aquarius bukanlah hubungan yang ideal. Tetapi anda (Capricorn) jangan risau. Sikap anda yang sukakan praktis dapat mengatasi hal tersebut. Ini berlaku demikian kerana Aquarius memiliki pandangan yang luas apabila rasa cemburu anda sedang meluap-luap.Manakala sifat Gemini , yang sukar dipegang, bukanlah mempesonakan anda yang berlambang Capricorn. Tidak mudah bagi anda yang mudah cemburu mendampingi perilakunya yang sering berubah - ubah. Namun begitu, hidup bersama-sama Gemini tidak akan ada ketegangan lantaran dia suka berpesta, berteman banyak dan berseronok - seronok.
Kerjaya dan Kewangan
Capricorn memang bercita - cita mencari kekuasaan dalam kerjaya sehingga anda bersedia bekerja dengan tekun . Capricorn ditakdirkan menjadi pengurus dan pentadbir yang baik. Diibaratkan berpasangan dengan Leo, kalau Leo sangat baik menjadi raja atau permaisuri, Capricorn sangat sesuai menjadi perdana menteri.Kejayaan Capricorn dalam usaha mengatasi masalah dan risiko akhirnya menjadikan anda berjaya mendapat faedah dari segi kewangan. Sikap rajin bekerja anda juga menyebabkan ketua dan rakan seorganisasi menghormati anda. Dari segi kewangan juga Capricorn pada umumnya memperolehi harta dan mampu membelanjakan harta itu pada jalan yang wajar. Anda misalnya tidak gemar bersikap boros atau membelanjakan wang ringgit untuk tujuan perjudian atau pelaburan yang belum pasti untung ruginya.
Keluarga dan Rumah Tangga
Rumah kelahiran Capricorn biasanya kemas dan tersusun. Cara anda menguruskan rumah tangga sama dengan cara anda mengurus kerjaya. Capricorn bijak menguruskan anak - anak dan serius dengan peraturan yang sewajarnya dipatuhi mereka. Pastinya Capricorn berbangga menjadi ibu atau bapa.

Subscribe to:
Posts (Atom)